Bismillahirrahmanirrahim..
kali ni trip kami ke Miri, Sarawak pula..
Miri memang sangat mewah dengan kawasan yang bertemakan keindahan alam.. sebelum ni ada pegi ke Kuching, Sarawak.. tp agak bosan jugak la.. sebab dia lebih banyak mall n muzium.. huhu.. x suka ke muzium.. nantokk....
tarikan di Miri akan seperti tersenarai di bawah
PASAR MALAM SABERKAS
Pasar Malam Saberkas.. pasar malam ni bukan buka tiap hari iya... cuma hari sabtu dan ahad sahaja tak silap.. sini antara pasar yang halal yang dijumpai.. harga pun berpatutan..
TAMU MUHIBBAH & TAMU KHAS
tamu ni betul-betul berada di tengah-tengah Miri.. kami ingatkan nak cari makanan, tapi di sini tak sesuai untuk cari makanan sebab semua jualan basah... tapi, sesuai beli ole-ole.. harga dia lebih murah dari Miri Handicraft Centre.. ok jom tengok miri handicraft pulak..
MIRI HANDICRAFT CENTRE
miri handicraft centre ni agak mahal harganya.. so, setakad tengok jela.. sebab sebelum ni da pernah tengok harga di pasar-pasar miri cth Pasar Saberkas n Tamu Muhibbah & Tamu Khas tu.. pasar lagi murah... lagipun, tempat ni mcm da kurang sambutan.. tapi tapi tapi.. kami pegi bukan weekend, so myb sbb waktu bekerja, memang la kureng... kedai pun bole kire bukak berapa.. huhuhu..
PANTAI TUSAN
pantai tusan ni agak famous sebab disini kite dapat lihat fenomena air laut bercahaya biru di malam hari.. cuba tengok di gambar paling bawah ni, dapat tengok tak ilustrasi kuda yang sedang minum air.. jelas.. tp bintulu punya logo kuda laut iya... bukan kuda yang minum air laut.. ngee
CANADA HILLS, THE GRAND OLD LADY
di sini kita dapat tengok view bandar Miri dari atas.. n kita dapat pegi 2 tempat skaligus tau.. THE GRAND OLD LADY ni kawasan minyak mula-mula dulu... satu tempat dengan muzium petroleum..
BORNEO TROPICAL RAINFOREST RESORT
kalau datang di sini, kena whole day.. baru tak rugi.. bawak pula reramai.. lgi best.
AIR TERJUN LAMBIR
sebelum dapat tengok view ni, kita kena lalu hutan lebih kurang 20 minit.. tolong jg bawak banyak barang ok.. yg penting tolong bawak makanan sendiri.. di sana tak de sesiapa jual.. masa kami d sini la,, taktau pulak kami terpegi salah hari.. huhu
LUAK ESPLANADE
di sini bole santai lepak-lepak hirup udara pantai yang segar..
GUA NIAH
on the way.. in sha Allah sebelum posting semenanjung
TILL WE MEET
ASSALAMUALAIKUM