Tuesday, November 12, 2013

Praktikum Part Akhir

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.. ada jugak hati akhirnya nak menulis... 
bersawang, berhabuk semua ada dalam blog ni... 

Semalam bersamaan dengan hari Jumaat 8 Nov 2013, hani dah berjaya tamatkan praktikum... YABEDABEDUUUUUU.... banyak sangat pengalaman yang ditimba.. uruskan kem, uruskan program tu program ni, jadi pencatat contact time, jaga exam *part paling lemah.. akha, buat mural, jadi juru solek, jadi tukang masak, jadi guru pengiring, bla.. bla.. bla... AWESOME...

Jadi, kisah paling gempak waktu jadi cikgu ni haruslah masa jumpa Sheikh Muszaphar Shukor yang hensem lagi menawan.. akha.. 

okey, tanak cerita hat tu panjang-panjang, nanti orang bosan + jeles.. akha... wakakakakka.. jahat tak gelak.. so, pengalaman pun malas nak cerita panjang-panjang jugak.. cuma gambar jadi cerita..

MALAM AMBANG KEMERDEKAAN 31 OGOS 2013

untuk aktiviti ni, para guru praktikum diberi seorang satu dorm perempuan untuk masuk pertandingan masak ubi kayu.. hani masak penyeh.. dan dapat tempat pertama daripada belakang... hahahahha.. kot la.. sebab nama tak panggil pown.. aiyoo...  jadi bahan adik-adik ja..

JAMUAN HARI RAYA GURU, HOTEL TAIPING PERDANA 6 SEPT 2013
ni kenalkan fazmi.. sebaya umur tapi dia guru ganti.. baru balik dari U.S... 

ni pulak hariz, coursemate di UPSI... 

ni pulak nazihah guru praktial dari UUM.

ni pulak aslamiah pun guru praktikal UUM

ni pulak teh zakaria.. dia ni dulu form 6 sama dengan hani... kawan baik kembar hani... dia pun praktikum dari UKM.

PETANQUE PERINGKAT NEGERI

program ni berlangsung selama 3 hari berturut-turut.. Jumaat, Sabtu, Ahad.. kami bekerja tak berhenti.. tapi bukan maknanya tak berehat...

biarpun gambar ni shaking, tapi menampakkan kegigihan dan kepenatan.. akha.. *saja gedik buat muka penat sebenarnya.. neway, budak yang tudung hijau ni fatin.. pun guru praktikal dari UPSI.. dia ambik TESL.. teacher ni.. dia pun selalu ajar hani bahasa inggeris, betulkan language n grammar yang tunggang langgang..

ni nama dia hanis samsudin.. ha, ambik kau sebut nama panjang.. *ok, tak la panjang.. muahahahha... dia punya suara, peerrgghhh... sedap weii.. pandai jadi MC n macam kakak.. eh.. seronok bila kerja dengan semua guru praktikum ramai-ramai... baru semangat..

LATIHAN JALAN RAYA BERSAMA SHELL, IPOH, 2 OKTOBER 2013
masa latihan ni tiba-tiba terserempak dengan cikgu Seha.. 

tadaaaa.. anak murid yang suka gilerrr bergambar... semua cute miut kan..

PERTANDINGAN JALAN RAYA BERSAMA SHELL, IPOH, 4 OKTOBER 2013

akha.. kacak-kacak semuanya... neway, salah sorang daripada mereka lepas masuk peringkat kebangsaan n dapat no. 4 ke 8 yerkk.. alamak lupa...tape la, congratatulation

akha.. muka diorang lagi.. aiyaaakkk... hehehehe

ni cikgu nurin... jadi guru pengiring.. hani bantu sahaja tengok-tengok budak

PENYEDIAAN PROP PERSEMBAHAN SI TENGGANG, ANUGERAH PERDANA KOKU SEKOLAH 10 OKTOBER 2013

tu budak yang tolong tu nama dia sollehudin.. nama manja ale... CUTE and SWEET.. hehehe.. tu nampak tak budak-budak laki kat belakang tu suma budak 4T1.. kepoh.. tapi semua SWEET..  suka sangat masuk kelas diorang..

KARNIVAL MEMBACA, 26 OKTOBER 2013

mereka yang segak-segak ni pegang bahagian sambutan VVIP.. 

ini haruslah yang paling gempak kan... hahahahha.. Sheikh Muszaphar Shukor

KEM PRS, SG.SIPUT, LADANG INFOTERNAK, 1.2 dan 3 NOV 2013

dalam gambar ni hani sebagai fesi.. the awkward moment.. it make me insane..
tak di nafikan masa ni hani memang giler-giler kekok nak kasi denda dekat budak.. first time dapat jawatan membuli.. tak setaraf dengan diri yang sangat poyo baik hatii.. wakakakaka...  cani ceritanya..

situation : bersantai di bawah pokok yang rendang dengan cikgu fatin sambil makan jajan..

student : menyorok belakang pokok dan kemudian haaaaaaa...... *terkejutkan cikgu
me and fatin : aarrrggghhhhh.. *aiyoo, sapa kenal hani memang tau la cane suara hani menjerit.. sakit tekak
student : *laughing and mohon mintak tandatangan for task explorace..
me : tak semudah tu.. u dah kasi I terkejut.. so, kamu tolong carikan saya payung dalam masa 5 minit.. tak dapat, datang semula.
student : *larikk cari payung..

**gagal dapatkan payung... so haruslah kena denda lain pulak kan.. dalam gambar ni la denda diorang.. hani memang dah cek dah parit tu cetek and jernih ja airnya tapi tak sangka pulak tanahnya tanah jerlus #bantai ja perkataan ni, paham-paham ja k.. ahahhaa..

me : saya tanak payung dah, tapi saya nak denda kamu.. *bawak ke parit
student : merungut tanak masuk dalam parit siap cakap "see u in court.. aiyoo...
me : dah masuk tu duduk dalam parit tu
student : tanak... *bising-bising
me : ok.. cecahkan bontot pada air parit dan naik sapa yang dah siap buat..
student : *naik semua
student 1 : cikgu ! *kaki lemah... LINTAHHHHHHHHHH !
me : arrgggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!! *dah tak keruan terus suruh budak lelaki bantu then lariiikkkkkkkkkkkk dari situ... takoootttt...

dear student, nasib baik kamu tak ikot cakap saya suruh duduk dalam parit... thankzful.. cikgu mintak maaf.. tu baru denda sikit jak.. dulu cikgu kena lagi teruk.. tapi lagi teruk hukuman lagi seronok explorace.. tapi kes yang ni buatkan hani fobia.. TANAK MAIN DENDA DENDA PELAJAR DENGAN PARIT DAH..  
PARODY SEPANJANG AKTIVITI KEM
masa ni lakonan dalam pemilihan penghulu dan imam.. hani jadi penghulu.. kami ikut sebijik-sebijik apa yang student dah buat masa pemilihan ni.. cani situasi dia..

*seorang fesi dari jabatan bomba yang garang minta pelajar carikan penghulu dan imam.. then cara pemilihan penghulu tu dibuat dengan cara paksa rela.. kawan tolak-tolak ke depan las-las dilantik terus..

pelantikan imam pulak lebih kurang sama cuma caranya baik sikitla kan.. tak main tolak-tolak.. tapi yang sangat kelakar bila masa baca doa tu, imam baca pendek.. bismillahirrahmanirrahim, amin.. then semua ketawa.. *kami lakonkan semula..

yang ni pulak aktiviti LDK nak cari nama kumpulan dan kenal rakan-rakan.. malas nak cerita panjang-panjang bab ni.. tapi kami gabungkan semua nama kumpulan dalam kumpulan yang kami buat ni.. muahahahha

ni pulak aktiviti jalan burung hantu ka apa tah.. tatau nama.. semua kena pejam mata dan ikut ja fesi bawak ke mana.. dalam ni kami tade fesi, cuma lagak macam ada fesi ja.. TAU TAK, masa ni hani betul-betul pejam mata.. aiyoo... bukak-bukak mata ja hani betul-betul depan pentas.. nasib tak jatuh.. *lupa nak bukak mata sikit.. choiyyyy

eh, termasuk pulak gambar ni.. muahahhahaha *saja nak bagitau yang hani pandai masak.. eh silap, saja nak bagitau yang hani AJK MAKANAN.. 
rindu pulak kenangan masa kem ni.. sweet sangat rasa..

HARI PERPISAHAN, 8 NOVEMBER 2013
Kelas 4T1.. banyak gambar yang sangat mengambarkan kegirangan.. tapi dalam blog haruslah tunjuk gambar yang senonoh sikit kan.. muahahahha

4T2.. seronok sangat masuk kelas diorang.. rasa tenang ja.. sebab semuanya girl girl sahaja.. diorang pun sporting.. thankz kamu semua sebab selalu support saya bila saya kena observe dengan guru pembimbing a.k.a Cikgu Azizan.. MUAHH.. tapi sedih sikit la sebab las saya di sekolah cuma 9orang ja yang datang ='( tapi tape la.. tQ..

yang ni pulak budak kelas 4PA .. ex student.. sempat mengajar diorang 1 kelas ja sebab tak mampu nak tampung banyak period dalam seminggu.. apa-apa pun saya ingat muka kamu semua.. hehehehe

TADA.. kelas ni paling saya pening kepala.. aiyoo, masuk kelas ni boleh demam kot... hehehehehe.. 1 Jingga.. lincah semua budak-budaknya... tak dapat dinafikan memang macam budak-budak.. diorang buat salah ja nak marah tu memang susah sebab asyik-asyik nak tergelak ja.. cuba bayangkan, ada satu kisah ni.. begini ceritanya...

me : kamu baca *tunjuk pada seorang budak 1
budak 1 : berdiri dan diam
budak 2 : cikgu, tak dengar..
me : memang la kamu tak dengar, dah dia belum baca lagi..

*aiyoo.. nampak tak... macam mana pening kepala nak jaganya...

ni untuk student 1 Jingga.. cikgu mintak maaf kalau cikgu selalu marah-marah and membebel.. tapi kamu tau, masa cikgu marah tu, cikgu pun sebenarnya tengah tahan geli perut... sebab korang comel sangat... 

dear fatin, thankz for being my friend.. 

dear hanis, thankz for being my mama.. akha..

dear zarina, thankz for being my little sister.. hehe

US

ni untuk guru pembimbing tersayang.. terima kasih menjaga dan bimbing saya selama saya berpraktikal di sini..

hensem tak ?? hehehe.. ni la Cikgu Azizan.. guru sejarah.. *selipar tu tak pentingkan yang penting muka muka kami jakk.. hahahaha

Fuhh... tamat cerita berbabak-babak selama 4 bulan berpraktikum... sangat awesome.. dear SMKSB, terima kasih sebab accept saya jadi guru pelatih.. dan terima kasih sebab bagi banyak ilmu dan pengalaman semasa kami berpraktikum.. sekolah ni sangat aktif dengan program.. beruntung siapa yang dapat berpraktikum kat sini tau sebab even penat dengan program tapi dapat pengalaman yang banyak... semua jawatan AJK dah penah pegang dalam 4 bulan.. kau ada ?? hehehe.. 

okey, till we meet.. 
assalamualaikum

Tuesday, August 20, 2013

BAJET PERTUNANGAN

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, selesai sudah majlis tunang hani.. 
sekarang ni, hani nak share dengan kawan-kawan untuk bajet yang hani gunakan untuk majlis hani..

bagi sesiapa yang datang ke majlis hani hari tu sini, mesti da sedia maklum kan yang majlis boleh di katakan sangat besar sebabnya gabung tiga sekali majlis.. majlis pertunangan, majlis rumah terbuka raya dengan majlis kesyukuran anak buah sulung kami.. hehe

now, fokus bajet yang hani keluarkan sahaja..

1. BAJU TUNANG DIRI SENDIRI

make up - alhamdulillah, sedara hani tolong make-up kan.. tak sempat nak bayar upah kat dia.. nanti dia datang rumah hani akan bayar jugak nanti..
baju & veil - buat sendiri.. tapi bajetnya macam private ler.. hehehe
kasut - pakai kasut pemberian tunang ja.. hehe
__________________________________________________________
RM --




2. BAJET HANTARAN TUNANG


lace keliling kotak - free, rembat ct punya masa tunang dia tu.. haha.. beli lebihan cikit 2 meter = RM 3.80
bunga pada raga hantaran = rm 2 (5 kuntum)
kotak hantaran = RM 8.80 (4 Kotak)
pelapik hantaran = recycle kakak punya
reben = rembat lebihan kakak punya tunang dulu dan tambah 2 reben lagi = RM 4
buah = RM 25
kek = RM 86.90
coklat = RM 25
_________________________________________________________
JUMLAH RM 155.50



3. BAJET MAKANAN TUNANG
hantara hidangannya, laksa, bubur, daging kambing, ..............
seekor kambing = orang sedekah.. panjang ceritanya
hani kasi mak = rm 300 
__________________________________________________________
JUMLAH RM 300

4. BAJET PELAMIN TUNANG BUAT SENDIRI

kerusi, 2 psc sportlight, bunga tangan = RM 60
kain putih = kakak punya
stage = kakak punya
bunga = rembat rumah punya
kertas kipas = RM 10 (banyak lagi lebih *boley balut hadiah.. hehe)
________________________________________________________
JUMLAH RM 70

5. BAJET PHOTOGRAPHER TUNANG
_______________________________________________________
JUMLAH RM 450

JUMLAH BESAR = RM 975.50

sikit je kan.. alhamdulillah.. impian hani untuk majlis tunang less than RM1000 BERJAYA !!!! yep..yep.. HOREYY !!

next entry hani akan cerita tentang baju kami berdua pulak ok.. hehehehe

TILL WE MEET
assalamualaikum..

Sunday, August 18, 2013

Praktikum Part I

Bismillahirrahmanirra
hey.. mood menaip da datang.. horeyy

untuk pengetahuan semua pembaca *ada ka orang yang baca ni ? ok, pedulikkk..
hani da tiga minggu berpraktikum.. TIGA minggu okey.. sekarang ni cuti raya, dua minggu ok.. DUA minggu... tapi esok da mula nak mengajar semula.. kena buat RPH tu yang agak sukar tu.. hehe.. neway, untungnya jadi cikgu kan.. kekeke

ye ke untung ni ? kalau nak di pantau, memang orang ramai cakap untung, cakap senang, cakap kerje guru ni makan gaji ja, tapi yang cakap tu boleh agak la, mesti punya hanya melihat ja.. meh cini nak kasi pepatah, orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA... hah, giteww... 

sebelum buka cerita lebih lebih LEBIH lagii... hani akan kenalkan sekolah hani yang hani memang da target dari duuuuullllluuu lagi.. DULU ok... maksudnya da lama gilak... tadaaa...


ok, mula-mula kenapa hani nak sangat sekolah ni ? 
jawapan : sebab tak nak mengajar adik sendiri di sekolah yang paling hampir dengan rumah walaupun sekolah tu sekolah lama hani.. kekeke.. bukan tak sayangkan sekolah tu, sayang.. mana boley tak sayang.. 5 tahun kekal dengan sekolah tu.. LIMA tahun okey.. kalau orang bercinta 5 tahun, nak putus pikir banyak kali kan.. *yaka ? ehh... jap jap.. kenyataan mula mula yg ta nak mengajar adik sendiri tu bukan hani yang tak mau, dia yang halau.. tak habis-habis nak merayu suh mintak sekolah lain.. hampess betoll..

sekolah ni sekolah lama hani masa form 6 sahaja.. jadi tak lama dengan sekolah ni, tapi sepanjang belajar di sini, hani seronok sangat.. budak-budak semua baik-baik.. kalau ada yang nakal tu, hanya nakal sahaja.. kalau yang jahat tu, bukan semua, hanya 1 2 orang ja.. hani dapat katakan yang sekolah ni BERSIH.. YESS, bersih.. syabass untuk pentadbiran sekolah yang baik.. 

so, tu sebab la hani nak sangat sekolah ni... alhamdulillah, sekolah ni terima hani lepas kawan hani, hariz coll sekolah n bagi surat.. maceh gak pada hariz sebab bantu.. keke..

jum kenal dengan kawan-kawan praktikum hani..

iftar bersama pelajar asrama..

dari kiri atas : ..., fatin amira, wan hariz, fazmi , teh zakaria
dari kiri bawah : zarina, aslamiah, hani, (dan dua orang yang baju biru yang sweet sweet sangat tu cikgu sekolah.. sangat sporting.. owah, perempuan tu isteri dia.. sweet sangat cerita dowg bercinta)
*eh, ta cukup orang ler.. ada 11 orang semua geng kami.. jap-jap, geledah gambar..

iftar pertama kali untuk berkenalan dengan lebih dekat di uncle jim.. 

ha, ada pun gambar kami bersebelas. hehe.. yang tertinggal tu yang barisan tengah paling kiri warna biru nama dia hanis dan pakai tudung oren tu mastura, dan yang depan sekali paling kiri warna pink tu ....

kami semua ni terdiri daripada guru praktikum UPSI, guru praktikal UM, guru praktikal UKM dan guru ganti..

esok nak jumpe dorang semula.. hani ingat nak ajak dowg pegi beraya ahad depan.. mesti seronok kalau dowang semua ada beraya sekali..

jadi, pengalaman hani jadi cikgu mula-mula tuh sangat negatif.. mana taknya, bangun awal-awal pagi kan.. sebelum ni di UPSI kelas mana ada pagi-pagi.. conferm ambik jam 10 ja mulanya.. hahahaha.. now, tiap hari kena bangun jam 6 pagi. then, mula-mula tu rasa tak berdaya nak mengajar budak.. tak pandai tu la tak pandai ni la.. then bila belajar cara nak menyakin kan diri, semua yang kita buat semua jadi simple.. malah lagi bertambah seronok..

ihya ramadhan dan majlis khatam al-Quran

iftar di sekolah sempena pelajar SPM dan PMR

gamabr-gambar di atas semua atas ikhsan event sekolah dan event yang kami gedik-gedik adakan.. masa bulan puasakan.. paling femes event haruslah iftar.. hehe

huh, berjaya jugak update blog pasal praktikum ni.. hehehe.. nanti kite update lagi k..

TILL WE MEET..
assalamualaikum..

Tuesday, July 30, 2013

4 MAKANAN YANG DILARANG KEPADA PENGANTIN BARU

Bismillahirrahmanirrahim...
Nota untuk diri sendiri... bukan nak publish, sebab kalau da kawen nanti kalau teringat boley ler jadikan rujukan.. kekee... pada yang membaca, sila ignore je ok.. keke

RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."


kredit to : Azian Azalea

Tuesday, July 2, 2013

PHOTOSHOOT LAGI

Bismillahirrahmanirrahim...
update update update... kekekke
kali ni shoot dengan fizah pulak... tapi tak de la ria-ria sangat.. jalan-jalan nak bincang pasal masalah yang melanda je.. sebelum terlupa, tulis tarikh dulu, untuk anak-anak, cucu cicit tau masa ni umur berapa.. hahaha.. berangan suda.. 30/ 6/ 13 yerkkk sayang p/s : khas kepada bakal anak-anak cucu cicit tersayang.. hahahaha... 

tak jauh pun merantau, cuma di taman kuala kangsar ja... huhu



ni kami baru nak ambik mood ja dulu... cuaca terlalu panas.. memang tak dapat la nak jaga kulit badan sebab setiap hari keluar naik moto.. gelap- gelap..


kesukaan fizah sekarang buat muka macam ni... 







giyomi... kekekeke





shoot biasa-biasa ja nak tenangkan fikiran.. las skali kami singgah di pizza... kegemaran hani.. woohhuuu.. hehehhe.. 



masa ni ler sesi bersembang masalah...
cerita habis bergini sahaja... bosan.. hahahha

p/s : bukan bosan dengan kamu yerk fizah.. jangan salah faham.. hehe

TILL WE MEET
assalamualaikum...