Tuesday, June 11, 2013

TRIP TO PULAU PANGKOR

bissmillahirrahmanirrahim... 
lapangnya masa dalam minggu ni... penat layan movie je dalam lappy... sampai da tak de air mata nak menangis sebab movie-movie yang menyentuh hati, tak larat nak ketawa bagai da..
then da habis movie da terkial-kial tak tau nak buat apa.. teringat la pulak yang banyak sangat cerita-cerita terkini yang belum di update di blog kesayangan ni.. kekeke

HARI PERTAMA

jum ikot farah jelajah pangkor.. 
23 mac 2013, farah n kawan-kawan da rancang nak jalan-jalan.. da lama da kami berangan, selalu ja tak jadi.. kali ni untuk julung-julung kalinya kami melancong.. tu pun setelah 3 tahun.. sem 6 da kot.. kekekeke.. malangnya, kami tak keluar jugak dari perak.. nasibla.. tapi tempat ni farah tak pernah pegi lagi.. serooooonnoookkkk sangat.. bak kata perisik, dy kata nak honeymoon di pulau pangkor... euuuwwhh... x mau.. nak tempat lain.. *mati aku kena marah kalau dy baca.. kekeke

ok la.. perjalanan kami dari UPSI, tanjung malim ke lumut.. kami naik kereta ....... yat.. tambang minyak kami kira untuk keseluruhan perjalanan cuma rm 80 ja.. cukup-cukup pergi balik.. murahkan.. thank u yat mudahkan urusan kita semua.. kami bertolak dalam jam 6 pagi, solat subuh dekat surau tepi jalan then sampai di jeti dalam jam 9 pagi.. seperti yang dirancang. awesome...

then sampai jeti lumut, kami bayar tambang feri rm 10/ person pergi dan balik.. perjalanan tak de la jauh sangat.. tapi makan masa la jugak 45 minit..

jeti pulau pangkor/ stesen pengangkutan awam
tengah counting harga.. kekekekeke
ni la jeti pangkor.. sampai sana kami tros nak cari teksi.. mahal gak tambang dia.. rm 35/van.. penat la kami cari teksi yang lagi murah.. tak de jugak.. aleh-aleh terima jala.. teksi rm 35 ni dowg akan bawak kita jalan-jalan pusing seluruh tempat yang menarik kat situ.. tempat yang menarik yang dia bawak ada 4 destinasi..

KOTA BELANDA 
kota belanda

mula-mula uncle van/teksi bawak kami pegi kota belanda.. latar belakang tempat ni memang cantik.. kalau buat photoshoot wedding ni sangat sangat la menarik.. ok farah, stop berangan.. kalau orang sejarah, setiap kenyataan kena ada bukti.. ni la buktinya..


cantikkan gambar ni.. latar belakang dy subhanallah... tempat ni lama betol kami melepak.. uncle kasi masa 15minit ja.. tapi kami bantai tah bape minit tah.. bergambar punya pasai.. kekeke

REPLIKA TEMBOK BESAR CHINA / TAMAN FU LIN KONG

sampai-sampai sini kami teros pegi serbu kedai topi... kekeke.. murah ja topi dy ni.. topi farah rm 8 kot.. lupa da la.. 



hohoho.. bahagia tak kami.. ni la muka-muka yang ponteng kelas.. kekekeke.. maklumla, masa mula-mula masuk upsi peghak sangat.. koku takmau ambik, nak ambik bila da nak dekat sem 8.. hambek kau, sem 6 baru selesai kokurikulum.. sangat menganggu masa cuti =') sem 7 da praktikum.. sem lapan la aman sikit.. tapi da nak kena siapkan tesis.. risau-risau..

da tu uncle bawak kami pergi beli belah barang-barang murah kat pulau pangkor ni.. biasalah, makanan ringan-ringan yang berkaitan dengan ikan.. farah habiskan cuma rm50 untuk kasi ole-ole.. kasi kat family farah and da semestinya abg syai.. hehehe.. 

las sekali uncle bawak kami tengok kilang buat kapal.. kami tak turun pun, cuma tengok ja sekali lalu dalam van.. tros kami ke nipah... 


owah, kenalkan uncle kami yang berkhidmat bawak kami jalan-jalan.. 


CHALLET NIPAH



tak sempat nak ambik gambar masa bilik ni kemas sebab masing masing penat,... masa kami pergi ni masa public holiday.. hotel semua mahal.. 3x ganda hokey.. tapi alhamdulillah, dapat gak la dapat yang murah.. rm150 dua hari satu malam.. kami masuk bilik ni lebih kurang jam 11 lebih-lebih kot.. lupa da.. 

harga makanan kedai ni
lapar gila nak mampos... masa perjalanan kami bawak roti ja untuk makan.. tak de tempat nak makan masa dalam perjalanan ke teluk nipah ni.. nasi ayam rm5.. wow, mahalnya kan.. 

makanan tengah hari kami..

lepas ja makan ni, kami tros balik bilik sementara tunggu zohor then sambung untuk aktiviti kami seterusnya..
farah n tyra memang tak sabar gila nak mandi pantai masa ni.. so, kami solat cepat-cepat tros keluar pegi pantai kejap..



da bergambar-gambar di pantai kami tros balik bilik nak hantar henset.. tak nak bawak masa tengah buat aktiviti.. nanti menyusahkan ja.. sebab kami nak bermain dengan air.. kat cini kami main snookling n banana boat ja.. tu pun da puas habis da.. harga snorkling rm15/person. harga ni termasuk dengan naik boat ke tempat snorkling, bahan-bahan nak snorkling n termasuk lawatan kami ke pulau-pulau.. n banana boot pulak rm70/boat.. so bahagi la kami berlima... 


ni makanan malam kami.. makanan ni semua sekali rm 30 kot semua 5 kepala.. lupa da la.. tapi makanan ni la yang paling best.. maklumla, da puas dengan air lapar la jadinya.. then tros jalan-jalan di sepanjang jalan teluk nipah ni..

PASAR TELUK NIPAH

disebabkan masa kami pergi ni public holiday, sesak la dengan orang sepanjang jalan.. penuh jalan.. 

unik kan.. kedai jual pulut udang / lempeng.. tapi tak bukak.. tumpang jap sebab tunggu jagung masak.. huhu


 masa ni da lewat malam kot.. kurang la pulak orang.. kalau tak tu penuh sesak tak larat nak berjalan da.. 


 kami lepak-lepak tepi pantai... tenangnya rasa.. bergosip bagai..

HARI KEDUA


masa ni masing-masing mood tak menentu sebabnya susahnya lahai nak cari kedai makan pagi-pagi.. maksudnya kedai makan yang boleh masakkan untuk kami or makanan yang berat yang sedap.. ok sangat demand.. hehehe.. sebabkan tak de tempat, terpaksa pilih kedai ni.. da la meja tepi jalan.. kami makan berhabuk-habuk dengan kenderaan yang lalu lalang.. sempitnya ya allah.. semua makanan ni rm5/ makanan..

then tros balik bilik kemas pakaian bagai untuk berangkat pulang..


ni bilik kami.. no.15 challet nipah.. so far, ok la bilik ni.. murahkan.. ikotkan ada lagi yang lagi murah.. tapi tu kalau bukan public holiday la.. bilik ni ada aircond and tv.. tapi tv dy sangat menyedihkan.. sebabnya kita tak leh tentukan siaran yang kta nak.. kena ikot yang main dy.. kalau yang main tukar channel, walaupun kite tengah sedap tengok tv, terpaksa ikot jala.. ada pulak macam tu kan.. kelakoo.. tapi bilik air dy pun ok jugak.. 

sebelum kami gerak balik tunggu jam 12 tengah hari, kami bergambar dulu banyak-banyak dalam bilik.. kekeke..




owah, apa yang untungnya.. tempat tunggu teksi depan challet kami ja.. masa ni tambang kami nak ke jeti murah ja.. rm15/van... hohoho..


sampai jeti, kena beratur tunggu feri untuk naik... tak boley tunggu feri panggil kite.. naik ja jam berapa-berapa pun.. tiket valid sampai bila-bila.. kekekek


atas feri....


masa nak pergi tu ada ruang banyak rasanya kat bonet.. da balik ni penat kami nak adjust kasi masuk suma.. saboo jala.. kekekekek



so, objektif kami untuk melancong guna rm 200 termasuk ole-ole tercapai.. horeyy,.. alhamdulillah..

TILL WE MEET..
assalamualaikum...