Wednesday, December 26, 2012

FARAH heart RIZAL



assalamualaikum...


short entry untuk ambik feel update blog...
sekarang ni farah tengah bercuti di rumah, cuti minggu peperiksaan... 
seminggu ambik masa bagi peluang kat otak rehat-rehat dan enjoy, minggu depan dah mula nak pegi cari bahan baca untuk exam, print slip exam and baca bahan exam... conferm tak tidur malam.. for sure lah...

ok, see u later... till then. salam ^_^

Monday, November 12, 2012

CERPEN SEORANG KAWAN KEPADA KAWAN-KAWANNYA

bismillahirrahmanirrahim....


FIZAH :
seorang pelajar Universiti Putra Malaysia
mengambil kursus Bahasa Melayu Sastera

KYROL :
seorang pencinta alam.. ^_^

KISAH KAMI BERMULA :
kami semua dalam satu kelas yang sama waktu tingkatan 1 yg kyrol sebagai ketua darjah dan aku sebagai penolong ketua darjah... fizah pulak sebagai perempuan yang tak tau nak duduk diam.. bercakap je sepanjang masa.. huhu

_________________________________________________________

HASIL KARYA KAWAN KEPADA KAWAN-KAWANNYA...

Lagi sehari peperiksaan akhir semester akan tamat, sudah setahun lebih aku berada di Universiti Putra Malaysia,bagiku sudah bertahun lamanya aku berada disini,tetapi apa kan daya..aku harus belajar dengan bersungguh-sungguh supaya aku mendapat kelas pertama dalam peperiksaan serta mendapat pekerjaan yang bagus dan dapat membantu keluarga aku.Luahan hatiku yang sedang duduk diatas katil sambil menghafal nota penglahiran bakat kreatif untuk menduduki peperiksaan pada pagi esok.Tapi apa yang paling penting cuti semester ini apa yang perlu aku buat??kebinggungan dipikirkan dari tadi.Ahhh….abaikan dulu pasal cuti,yang penting sekarangni aku harus membaca nota sebabnya keesokan hari aku ada peperiksaan yang lebih penting dari ini..

Keesokan harinya,semua pakaian mula di masukkan ke dalam beg pakaian. Peperiksaan baru sahaja tamat. Aku mula mengemas semua pakaian dan barang-barang aku yang lain. Akhirnya, dapat juga aku pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta.“ Emm… tak sabarnya nak balik rumah.” Sepanjang peperiksaan berjalan, hampir sebulan aku tidak balik ke kampung,rindu sangat aku pada mak dan ayah serta kepada anak-anak buahku yang comel-comel.Mesti mereka pun sama rindu kepada aku.Setelah selesai mengemas semua barang kepunyaan ku, aku mula bersalam-salaman dengan rakan-rakanku kerana ayahku sedang menunggu aku dibawah untuk pulang ke rumah. Sedih pula rasanya nak berpisah dengan mereka walaupun selepas dua bulan akan berjumpa kembali. Aku turun ke bawah lalu masuk ke dalam kereta dan kereta ayahku terus meluncur laju meninggalkan perkarangan kolej 14 di Universiti Putra Malaysia.

Seminggu sudah berlalu.Kerja aku di rumah cuma tidur, bangun dan makan.“ Mmm… boringnya aku. Tak ada kerja nak buat.”Luahku.Tiba-tiba telefon bimbitku berdering kuat. “Kring…kring…kring…” Aku segera mencapai telefonku untuk menjawab panggilan daripada sahabatku, Farah.“ Assalamualaikum.” “ Waalaikumussalam Farah. Hmm…ada apa kau call aku ni ? Ada gosip baru ke Farah?”Aku terus mencelah tanpa Farah sempat memberitahu tujuannya menelefon aku.“ Kau ni sabar lah. Aku baru je nak cakap, kau dah mencelah.Sebenarnya aku boringlah duk rumah. Apa kata kita keluar makan-makan ?Sambil-sambil tu boleh kita cari kerja sementara. Nak tak ?”Tanya Farah kepadaku.

“ Eh, betul ke kau ni ? Mesti lah aku nak. Nak…nak…nak… Aku ni boring tahap dah nak gila duk kat rumah kau tahu tak. Bila nak keluar cari kerja ? Aku dah tak sabar ni.”Tiba-tiba kedengaran suara Farah ketawa di hujung talian.“ Kau ni Fizah gelojoh sangatlah. Aku rasa lusa ni cun. Apa kata kau ?kau setuju tak ? ” Aku tersengih. “Ok !Cun sangat.Aku setuju.” Selepas mencapai kata sepakat, aku memutuskan talian sebaik sahaja menjawab salam sahabatku itu .Farah juga sedang menjalani cuti sama macam aku juga.Beliau kina sedang melanjutkan pelajaran di UPSI,Tanjung Malim.

Seperti yang dijanjikan, pada hari tersebut, aku dan Farah keluar ke Bandar untuk mencari pekerjaan.Banyak tempat yang kami pergi untuk memohon kerja.Tapi, satu tempat pun tak ada yang menawarkan pekerjaan kepada kami.Kami berhenti berehat seketika di warung kerana letih berjalan.Aku mula malas dan berputus asa untuk meneruskan niat suci kami ini. Tapi, tiba-tiba sahaja aku teringatkan seseorang iaitu rakan karibku,Khairul Azwan. Aku,Khairul Azwan dan Farah telah lama kenal semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Aku dan mereka memang bersahabat baik sejak dari dulu lagi sehingga kini.Kami selalu ke hulu dan ke hilir bersama-sama.Sampai sesetengah kawan dan guru kami memanggil kami ‘Merpati Tiga Sejoli’.

Sejurus selepas teringatkan Khairul, aku terus menghubungi Khairul untuk meminta pertolongan daripadanya. “ Hello… Assalamualaikum Khairul.” Sapaku kepada Khairul melalui telefon.“ Waalaikumussalam. Ada apa kau telefon aku ni Maizatul Afizah ?” Jawab Khairul Azwan. Aku tersenyum sendiri bila mendengar pertanyaan Khairul. Sememangnya Khairul Azwan tidak pernah memanggilku dengan panggilan Fizah. Tetapi, dia selalu memanggil ku dengan nama penuh ku iaitu Maizatul Afizah. “ Sorry lah sebab ganggu kau ni. Sebenarnya aku nak minta tolong kau sikit. Boleh tak Khairul ?”Tanyaku kepada Khairul.“ Eh, tak menganggu pun la Maizatul Afizah oiii… Mmm… Sure lah boleh sayang. Kau kan bff aku. Hehe.. Tolong apa ?Kau cakap je.Insya-Allah, aku akan tolong kau.”Jawab Khairul pula.“ Aku nak mintak tolong kau datang ambil aku dengan Farah kat warung tempat biasa kita lepak ni. Kalau boleh aku nak kau tolong aku dengan Farah cari kerja sekali.Boleh tak?Aku dah penat la nak jalan.Dah banyak tempat aku pergi, tapi satu pun tak dapat kerja. Boleh ya ?”Dengan senang hati aku bertanya kepada Khairul.

Aku tahu yang Khairul pasti akan bantu aku. Aku yakin sangat. Selama ni Khairul selalu tolong aku dan tak pernah sekali pun dia cakap tak boleh. “ Okay… Kau tunggu aku kat situ dan jangan pergi mana-mana.Aku datang ambil kau dengan Farah sekarang juga ”. Jawab Khairul. “ Ok! Terima kasih Khairul ”. Selepas itu, aku terus mematikan talian. Tidak sampai sepuluh minit, Khairul Azwan sudah terpancul di depan aku dan Farah. “ Eh, termenungkan apa lagi tu? Jom !!!”Sergah Khairul mengejutkan aku dan Farah yang tidak perasaan dengan kedatangannya.“ Oh mak kau.” Latah Farah. Aku dan Khairul tersenyum dengan gelagat Farah yang terkejut.“ Ok. Jom..” Jawabku

Khairul membawa aku dan Farah ke sebuah kilang yang terletak 45 minit dari rumah aku dengan Farah.Di situlah Khairul menolong aku dan Farah mendapatkan pekerjaan.Aku dan Farah sangat gembira kerana diberi peluang bekerja di situ.Ini semua berkat pertolongan daripada Khairul Azwan. Khairul jugalah yang menguruskan semuanya sehingga aku dan Farah dibenarkan bekerja di kilang tersebut sebagai “ operator ”.Ini kerana Khairul mempunyai kawan yang berkerja dikilang tersebut. Aku dan Farah dibenarkan bekerja pada keesokkan harinya.Aku dan Frah juga sangat berterima kasih kepada Khairul kerana sudi menolong kami.Aku, Khairul dan Farah beredar dari situ dan selepas itu, Khairul menghantar aku dan Farah pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi aku bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh.Setelah selesai mengerjakan perintahNya, aku mula bersiap dan bersarapan pagi sebelum berangkat ke tempat kerja.Aku dengan Farah menaiki van yang telah disediakan oleh pihak kilang untuk pergi dan balik dari kerja.Disitu,keluarga aku dan Farah tidak melarang kami untuk bekerja di kilang tersebut.Aku sangat bersemangat untuk memulakan kerja pada hari pertama. Di sana, aku dan Farah telah diberikan kursus selama tiga hari sebelum boleh masuk production.Kursus-kursus yang dijalan kan pada kami adalah melawat kawasan-kawasan kilang,mendengar ceramah-ceramah yang telah disediakan oleh pihak kilang serta menjalani rawatan-rawatan yang telah disediakan oleh pihak kilang.Di kilang tersebut,pelbagai bangsa dari negara-negara yang berlainan bekerja di situ..bukan sahaja orang melayu malah ada dari Indonesia,Myammar serta India.

Setelah tiga hari kami menjalani kursus,aku dan Farah telah memasuki production untuk memulakan pekerjaan macam operator yang lain.Kami telah diberikan kasut,baju,serkup mulut serta topi untuk memasuki production.Hal ini kerana,disetiap production mempunyai peraturan-peraturan yang kuat yang patut dipatuhi oleh setiap operator yang bekerja disitu.Kerja di kilang sangat meletihkan bagi aku dan Farah.Hal ini kerana,waktu kerja kami tidak menetu dan mengikut syif,ada waktu syif pagi da nada syif malam.Pada setiap hari,aku dan Farah perlu bekerja sehingga 12 jam.Tapi, ianya juga sangat menyeronokkan kerana kami dapat menimba banyak pengalaman dan mengetahui serba sedikit tentang bekerja di kilang.Hari bersilih ganti.Sudah hampir seminggu lebih aku dan Farah bekerja di kilang milik orang putih. Dalam masa seminggu lebih itu jugalah,Khairul selalu mengambil aku dan Farah di tempat kerja untuk keluar makan bila tiba sahaja waktu rehat. Memang tidak dinafikan Khairul Azwan seorang sahabat yang sangat baik buat aku kerana dia selalu ada untuk aku.Kadang-kadang terlintas di fikiran aku kenapa Khairul terlalu baik terhadapku. Tetapi, tidak pula aku berfikir akan jawapan terhadap persoalanku itu.

Tidakku sangka bahawa selama tiga minggu aku bekerja di situ, ada sepasang mata yang sedang memerhatikanku. Sepasang mata tersebut adalah milik salah seorang pekerja lelaki yang merupakan ketua di line aku bekerja .Namanya ialah Johan.Johan sudah bekerja di kilang ini selama 3 tahun.Beliau seorang yang sangat kacak dan ramai operator wanita di kilang ini mengilai beliau. . Ternyata selama ini Johan lah yang selalu memerhatikan setiap gerak – geriku bekerja di kilang ini.

Setelah mengetahui hal tersebut, aku terus menceritakan hal itu kepada sahabat baik aku, Farah dan Khairul. Sewaktu keluar makan bersama-sama Farah dan Khairul, aku menceritakan segala-galanya tentang Johan dari awal hingga akhir. Khairul Azwan hanya mencebik dengan mengatakan sesuatu.“ Tapi aku lagi handsome daripada dia kan ?” Aku tersenyum mendengar soalan yang diajukan oleh Khairul seolah-olah mahu bertanding dengan Johan.“ Tak lah, Johan lagi handsome daripada kau lah. Haha.. Eh, seronok juga ya bila dapat tahu ada orang minat kat akuni. Tambah-tambah si Johantu yang minat kat aku.Dia kan hensem,tambah-tambah pula ramai gila kot yang minat kat dia kat kilang ni..tapi dia boleh minat kata aku..teruja aku…Maknanya aku ni cantik juga lah kan ? Haha..”

Khairul Azwan membuat muka seposen bila aku cakap macam tu. “ Tak ada maknanya kau cantik. Kalau kau cantik, dah lama kau aku angkat kau jadi kekasih aku. Eh, tapi aku nak tanya kau something ni.” Jawab Khairul pula.“ Ops… Sorry beb! Aku pun tak ingin nak jadi kekasih kau.Boleh jalanlah kau Khairul. Haha… Em, kau nak tanya aku soal apa ?” Tanyaku kepada Khairul. “ Kau pun suka kat dia juga ke Maizatul Afizah ?”Soal Khairul inginkan kepastian daripada aku.“ Ya… Aku memang sukakan dia sebab dia tu handsome tahu tak.Kenapa??? Kau jealous ek ? Haha…” Khairul mula menarik muka masam bila aku jawab macam tu.Farah hanya ketawa tanpa berkata apa-apa sahaja dengan melihat karenah aku dengan Khairul“ Dahlah. Jom aku hantar korang berdua kat tempat kerja balik.” Beritahu Khairul kepada aku dan Farah.“ Ok beb!” Jawab ku.

Hari semakin berlalu pergi meninggalkan aku tanpa sempat aku mengejarnya. Dalam pada masa yang sama, Johan semakin berani mendekati aku walaupun aku tidak mengendahkannya. Tapi, hatiku semakin berbunga riang apabila Johan semakin mengejarku. Sebenarnya, aku sedikat pun tiada perasaan kepadanya kerana sikapnya yang suka menunjuk-nunjuk serta kegatalannya terhadap gadis-gadis di kilang ini menyebabkan aku menjadi meluat kepadanya. Setelah sekian lama, aku baru mengenali perangai Johan yang suka berpoya-poya dengan gadis-gadis yang berada dikilang ini.

Ini merupakan kali pertama aku menerima pelawaan Johan walaupun telah berpuluh-puluh kali dia mengajak ku keluar bersama-samanya.Semasa aku dan Johan keluar makan, Johan ada menyatakan bahawa dia ingin memberitahuku sesuatu hal yang penting.“ Fizah, saya nak tanya awak satu perkara boleh ?” Tanya Johan kepadaku.“ Boleh je Johan.sambil mata aku pandang kelain.. Apa dia ?”Jawabku dengan nada yang serius.“ Awak ni masih single atau pun dah berpunya ?? Maaflah sebab tanya soalan macam ni.” Aku terkejut mendengar pertanyaan Johan lalu terbatuk.

“ Mmm…mmm…mmm… Sebenarnya sa…sa…saya masih single lagi.” Jawabku dengan suara yang terketar-ketar.“ Ooo… Baguslah kalau macam tu. Lega hati saya dengar jawapan awak. Hehe…” Johan seakan-akan puas hati dengan jawapan yang aku bagi.“ Johan.. Awak cakap nak bagi tahu saya sesuatu. Apa yang penting sangat ?”Tanya ku pula.“ Sebenarnya saya nak cakap yang saya…saya… Saya sukakan awak Fizah. Dah lama saya perhatikan awak dari jauh. Saya rasa saya dah jatuh hati bila kali pertama saya lihat awak.Saya minta maaf kerana saya tak boleh nak berbohong dengan perasaan saya sendiri. Saya tahu awak mesti boleh rasa perasaan saya terhadap awak yang bukan sekadar gurauan kan ?”Saya tahu ramai gadis-gadis dekat kilang ini bercerita buruk tentang saya kepada awak kan??mengatakan saya ni seorang playboy,suka berpoya-poya dengan gadis..betulkan fizah??sebenarnya bukan saya yang suka dekat gadis-gadis ini tetapi mereka yang selalu mengacau saya serta menelefon saya,mengajak saya keluar serta mengajak saya makan bersama-sama..saya bukan seorang yang suka berpoya-poya..percaya la fizah!!! Johan mengulas panjang serta denga nada yang agak serius.. Aku terkedu dengan penjelasan Johan sedangkan aku sendiri perasan akan perhatian yang Johan berikan kepadaku selama ini.

“ Hmm… Entahlah Johan. Saya sendiri tak pasti yang saya boleh rasa atau pun tidak..saya bekerja disini hanyala mencari rezeki dan bukanlah untuk bercinta ataupun berkasih-kasihan…saya masih belajar lagi” Aku menafikannya. “ Fizah… Sudi tak awak jadi kekasih saya ?Saya betul-betul ikhlas nak jadi teman yang istimewa untuk awak.Saya janji yang saya akan setia dengan awak.Saya berjajni juga tidak akan melayan gadis-gadis kat kilang ini” Luah Johan kepadaku. “ Saya belum bersedia untuk jawab soalan awak tu. Bagi saya seminggu untuk fikirkan hal ini.Ok ?”Jawabku dengan tenang.“ Ok! Saya tunggu jawapan daripada awak. Terima kasih kerana sudi pertimbangkan hal ni Fizah.” Tutur Johan. “ Sama-sama Johan.” Balasku. Selepas itu, Johan menghantar ku pulang ke rumah.Aku sudah memberitahu kepada Farah yang Johan akan menghantar aku pulang.

Hari berlalu dengan pantas sekali.Kini, genaplah seminggu seperti yang dijanjikan. Aku akanberikan jawapan kepada Johan. Tiba-tiba sahaja aku rasa berdebar - debar untuk berhadapan dengan Johan. Aku harap keputusan yang aku buat ini adalah tepat.Sebelum aku memberi jawapan kepada Johan,aku telah menceritakan kepada sahabat karibku iaitu Farah dan Khairul tentang perkara ini..Dan mereke juga turut menasihati aku tentang beberapa perkara yang penting sehinggakan aku boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk..Janji tetap janji.Lagi pun pepatah melayu ada menyebut lembu berpegang pada talinya, manusia pula berpegang pada janjinya. Tambahan pula aku ni jenis manusia yang tidak suka mungkir janji. Waktu rehat di kilang, aku mula mencari peluang untuk berjumpa dengan Johan. Belum sempat aku mencari kesempatan, tiba-tiba sahaja Johan muncul di depan aku. Terkejut aku dibuatnya.Johan menghampiri aku sambil tersengih - sengih seperti kerang busuk.Aku mengerti yang dia sedang menagih janji aku.

Tiba-tiba dia bersuara.“ Macam mana ? Apa jawapannya Fizah ?Saya harap jawapan awak tak akan mengecewakan saya. Hehehe..”Tanyanya kepadaku.“ Maafkan saya Johan.” “ Kenapa ni Fizah ?” Tanyanya lagi.“ Saya rasa… Saya tidak sudi untuk terima awak.”Jawabku tanpa berselindung lagi.“ Hah ? kenapa?” Tanya Johan seakan - akan tidak percaya akan jawapan aku. “ Betul lah. Saya rasa saya ini tidak layak untuk awak?” maafkan saya….tanpa berkata apa-apasaya terus berlalu pergi dari Johan dan mendapatkankan sahabatku Farah..ternyata riaksi muka Johan amatla menghampakan…Sejak pada hari itu,Johan langsung tidak memandang aku serta bertegur dengan aku…kecik sungguh hati aku dengan peruatan Johan yang menghukum diri aku ini…bukan aku sengaja untuk menyakitkan hati dia ataupun mempermainkan perasaan dia tetapi aku mahu belajar dahulu… bukannya bercinta waktu aku masih belajar..

Hari bersilih ganti…tanpa disedari sudah dekat dua bulan aku berkerja dikilang ini….cuti semester aku dengan farah pun sudah hampir tamat…aku dengan farah telah menghantar surat perletakkan jawatan seminggu bekerja…Ramai kawan sekerja kami terkejut dengan surat perletakkan ini..Ini kerana aku dengan farah telah merahsiakan identiti kami kepada semua orang yang kami ini masih belajar lagi…Seminggu belalu dengan cepat sekali,pada hari terakhir kami di kilang ini,kami tidak melakukan sebarang pekerjaan pun..kami hanya bersembang-sembang dengan kawan-kawan sekerja serta bergambar dengan mereka sebagai kenangan-kenangan kami dengan mereke…tiba-tiba ak telah terserempak dengan Johan..Johan telah memanggil namu ku..fizahh”..aku pun berpaling kepadanya serta mendiamkan diri…Johan terus berkata-kata kepadaku dengan menyebut nama ku..”fizah..Johan ingin meminta maaf jikalau selama kita kenal ada yang menyakiti hati fizah or apa-apa sahaja..Johan ingin menjadi kawan fizah didunia dan diakhirat”…apabila Johan berkata sedemikian,aku terus tersenyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan tanda persahabatan antara kami berdua…

Dua bulan berlalu dengan cepat sekali,kini aku sudah berada di kolej 14,Universiti Putra Malaysia..Disini aku akan meneruskkan penggajian aku hingga aku menggemgam segulung ijazah…semasa cuti semester pelbagai kenangan manis yang aku telah tempuhi dalam bekerja di kilang…dan kenangan ini tidak akan aku lupai sampai bila-bila…

____________________________________________________________

*ok, ni cerpen yang tak diedit lagi.. saja letak yang ni.. sebab cerpen ni boley buat aku gelak sampai nak mati... huhu... 

thankz fizahhh... labiu <3

till then... assalamualaikum

Wednesday, October 31, 2012

TRIP TO SARAWAK ~SIBU~ 1ST DAY

 bismillahirrahmanirrahim...

17 Oktober 2012 farah dapat tawaran untuk melancong dalam negeri... alhamdulillah... sampai juga masa nih.. trip kali ni adalah di Sarawak... banyak tempat farah pegi, Sibu, Mukah, Daro dan Matu... 

1st time naik flight sebanarnye... merasa juga farah naik flight zaman-zaman muda nih... da la memang tak tau apa-apa... cume tawakal jew... 

candid ~ di Airport Sibu...
akhirnye, kaki farah dapat pun jejak bumi Sibu... muke dalam gambar memang bajet pandai... padahal dalam hati, aku nak buat apa pas nih.. hehe..


okey, rupa-rupanya airport Sibu jauh gak dari bandar, so farah kene ambik cap untuk ke bandar... cap ke bandar RM 35.00.. mahal kan ? jauh owhhh...


alhamdulillah, senang-senang jew dapat cab... muke kepenatan sebab seharian di Airport LCCT... selekeh tak farah ? hahaha.. ada cerita di sebalik semua ni... sepatutnya kalau nak pegi jauh mesti la excited nak pakai cantik-cantik.. maklumla, kite mesti la nak bergambar banyak-banyak kan.. tapi, sebabkan ni 1st time farah naik flight sorang-sorang, farah risau ada gangguan dari manusia, otak ligat fikir nak pakai baju macam mana... siap fikir nak pakai purdah tau... hahaha... takot punye pasal.

So, jum ke bandar Sibu... 


untuk ke pendalaman, farah kene naik feri express... ni areanye.. then farah nampak semua kapal-kapal ni macam kedai... kelakar jew tau... ada nama nescafe, mee sedap... sangat kelakar...

ok la, jum jalan Sibu kejap...


ok, itik ni lambang Sibu tau... da la.. jum pegi tempat utama yang nak dituju dulu.. sebab feri express las perjalanan jam 3 pm tau.. kalau lambat, kene tido di Sibu la jawabnye...

ok, ni la feri express tuh.. ada 2 bahagian, yang 1st class and 2nd class 

ok, farah naik 1st class... sebab ada aircond.. harga dy lebih kurang jew, 1st class RM 20.00 and 2nd class RM17.00... baik la naik 1st class kan... 

nampak x belakang tuh, masa perlepasan jam 3.30 pm... ni las feri... feri ni akan bawak farah ke Daro... perjalanan ambik masa 3 jam perjalanan tau... pergghhh...

sampai Daro, macam bandar tanjung malim jew.. tapi memang tak dinafikan yang bandar tuh lagi la daif sebab ada atm bank pown macam tak de, sebabnye selalu tak de duit... farah sampai sana pown elektrik tak de... so, memang tak dapat nak buat apa la.. atm pown tak dapat berfungsi sebab elektrik tak de...

da la.. abaikan daro, jum kite ke Matu pulak... kat sana farah merasa makan umai obor-obor tau.. 

ni, nampak tak ? farah buat sendiri umai tuh... hehe


ni la umai obor-obor... sedap tau.. rasa dy macam nata de coco... yang jelly tuh.. makan mentah-mentah tau.. yumm.. nak lagiiii... !!


jemput makan semua.. *gambar gelap sebenarnye, so terangkan.. jadi taak lawa gambar nih.. tak pe la.. asalkan ada kenangan dengan umai obor-obor... alhamdulillah, impian nak merasa umai obor-obor da tercapai... banyak lagi makanan Sarawak area Sibu farah nak rasa... esok-esok pulak..

tamat untuk 1 hari... 

TILL THEN... salam


Tuesday, October 30, 2012

HAPPY BIRTHDAY MY SPECIAL BOYFRIEND

bismillahirrahmanirrahim...

1 November 2012 
bersamaan dengan genapnye umur tua budak laki dalam gambar nih..
alhamdulillah, umur semakin meningkat dan fikiran pown da semakin matang... cume maybe perangai je kot kebudak-budakan.. tak pela, sweet apa.. 

to budak nakal ni, SELAMAT HARI LAHIR awak... 
da masuk tahun ketiga b'day awak kite wishh.. kali pertama wish waktu mule jumpe di facebook...
disebabkan kegatalan awak dan ketidakmaluan awak tuh, tersambutlah b'day awak 1st time di KFC tanjung malim... dan 1st time juga kite buat perjumpaan yang dirancang... hadiah 1st awak dapat dr saya kueh bahulu... hahaha.. sangat kelakar.. hadiah ke tuh ??

kali ketiga b'day awak ni dengan sy, awak da pegi jauh.. jauh sangat.. sarawak.. huhu..
sedih.. sangat sedih sebab tak dapat sambut sama-sama macam tahun lepas..
tapi tak pa, kite sempat pun sambut pre-b'day awak... lagi gempakk.. 
nak mantion kat sini takot terkantoi.. jadi biarlah rahsia,... tengok gambar pown da tau kat mana kite sambut.. so tak perlu da nak mantion kite sambut mana.. hehehe..


 tadaaaa... kek hari jadi untuk awak yang sangat-sangat comel.. kambing biri-biri yang tengah makan tuh awak... hahah.. sangat kene dengan perwatakan tuan dy waktu nih.. kambing biri-biri sekor lagi tuh malas nak mantionnnn.. hahhaha..

jadila kan.. nanti, bila awak da balik semenanjung, kite sambut belated b'day awak pulak k... ke teros sambut b'day sy je tross... werrkkk.. 

fikir-fikir balik ok what, 1st jumpe sambut belated b'day awak, 2nd sambut b'day awak betol-betol malam b'day awak and kali ni lak sambut pre-b'day pulak.. complete... tahun depan kalau ada jodoh, kite sambut sama-sama dengan masing-masing berstatuskan marrige.. wow.. aminn... *tolong aminkan kami ye ^_^'


ucapan dari sy, semoga Allah memperbanyakkan rezeki awak, mempermudahkan segala urusan awak, dikurniakan kesihatan dan minda yang cergas, bertambahnya keimanan awak, bersabar dengan semua ujian yang mendatang, menjadi semakin matang dan cekal dalam menghadapi cabaran dan dalam membuat keputusan dan semoga awak akan diberkati selalu.. dan tak lupe, semoga impian kite juga tercapai satu hari nanti.. amin.. 

ILYSM Mohamad Saiful Rizal Rozlan...


ni kek special untuk awak... makan k..

assalamualaikum... >,<

Wednesday, September 19, 2012

GENAP SEMESTER 5

assalamualaikum...
now, genap la sudah farah semester 5 dan bergelar senior UPSI..
kejap lagi farah da nak praktikum... takutnye..
ya Allah, layak ke farah jadi teacher ni ?? 

ok, macam biasa setiap sem.. kalau baru je nak masuk semester baru mesti akan ada azam baru jugak.. so.. nak list untuk azam baru nih supaya ingat.. cehhh... koya.. kuikuikuii...

1. tingkatkan ibadat
puasa taun nih farah tak rasa pown kemeriahan ramadhan.. and rasa sayang yang teramat sangat + sedih.. jadi sekarang, farah da nak insaf.. nak mula jadi gadis solehah... (p/s : hope soo.. amin)

2. jauhi maksiat
okey, pasal maksiat pulak.. macam-macam maksiat ada.. maksiat lidah, mata, hati and macam-macam lah.. yang pertamanya dengan perisik farah... yang tu hope tak de masalah sebab dy sentiasa bimbing farah jadi gadis solehah.. than perisik pown selalu pesan jaga mulut jangan nak mengumpat jew.. dy pesan dapat keje jangan nak merungut.. dapat duit jangan nak membazir and macam-macam lagi.. *conoknye ada orang take care kite.. then Allah pown ada berfirman.. macam nih “ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong agama Allah (yakni dengan mentaati perintah Allah), nescaya Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kamu. “ (Surah Muhamad :7)..  nampak tak ? ok, farah da sangat insaf.. banyak sangat maksiat yang da farah buat sepanjang farah hidup.. ='(

3. tak nak tangguh buat assignment
nak fokus dalam tugasan then sentiasa banyak tanya pada letc. untuk dapatkan hasil yang lebih bagus...

4. bertimbang rasa dengan kawan
now, farah nak jadi seorang kawan yang disenangi kawan yang lain.. farah nak tolong semua orang kalau dowg ada masalah... tambah-tambah housemate or coursemate farah >.< sebab dowg je yang dekat dengan farah kat tanjung malim nih.. and untuk kawan-kawan yang lain pown sama tau... sayang korang semua..

dan akhir sekalii nak ceria sokmo... macam dalam gambar nih..
hope so.. k la..

TILL WE MEET.. salam

Saturday, September 15, 2012

PHOTOSHOOT RAYA 2012

assalamualaikum...
disebabkan malam ni bahagia dengan kehadiran internet yang baru tiba siang tadi kat rumah sewa..
farah dengan rajinnye bukak balik folder yang berhabuk dengan gambar yang tak berusik dan tak ditayangkan... hahaha..  

raya ke-10 dengan khairul azwan and maizatul afizah.. dowang memang rajin layan farah bergambar.. hehe.. thankz kowang.. 




gambar yang kat atas nih semua gambar kat kebun getah belakang rumah fizah.. and akan menjadi lokasi sasaran untuk wedding photoshoot farah nanti... hehe.. *owah, kyrol tak de lagi masa nih.. jap g baru kami bertolak p rumah dy pulak..

tepi jalan rumah kyrol..

ni rumah kyrol..  SELAMAT HARI RAYA.. >.<

gigih mak kyrol buatkan bihun sup untuk kami.. hehe

sebenarnye lepas raya nih kami ingat nak pegi jalan-jalan taiping.. ayah kyrol pown da bagi kete da.. tapi fizah tak dapat pegi...so kecewa.. tambah-tambah kyrol..  lepas tuh...

kyrol : jum aku bawak korang...
farah : kat mana ???
fizah : !@#$

tada... cantik tak view belakang dy nih ??? 

muke puas hati.. hehe

farah suke... fizah bertambah-tambah la suke.. yang si driver lak .... hahaha.. layan jela minah 2 orang nih


banyak lagi gambar yang sebelum-sebelum kejadian spt gambar di atas... ni gambar d sebalik tabir.. hahaha.. tergelak tengok gambar nih.. gigih dowg nih..

kene buli bawak bag-bag kami..


captured by khairul azwan..




ni satu lagi gambar di sebalik tabir..

us >.<






the end... 
farah tak pandai la nak edit gambar... semua gambar original.. tak ceronok..
p/s : kredit to hp maizatul afizah.. walaupun tak de kamera DSLR.. sekurang-kurangnya masih lagi ada kamera.. walaupun kamera hp sahaja.. "kami ada, korang ada??"

love all dis moment

TILL THEN



Friday, September 7, 2012

KENALKAN KELUARGA PRINCESS + 1ST RAYA '12

assalamualaikum...
masih tak terlambat lagi kalau farah nak ucapkan "selamat hari raya dan maaf zahir dan batin"..
masih syawal okey !

rasanya farah memang tak pernah cerita tentang keluarga farah dalam blog nih kan.. yaka ?
try la geledah.. 

okey.. memandangkan nak cerita pasal keluarga, boley la masuk pasal 1st raya jugak kan.. hehe..
tapi raya taun nih tak de langsung gambar my whole family... huhu.. sedih sangat..

family farah ni lain sikit.. sibuk sokmo.. mak n ayah meniaga bahulu... bukan tuh jew... kueh telinga keling, kerepek pisang, dodol and lemang.. etceli banyak lagi.. tapi farah cume mantion bende yang kerap dapat request dari orang kampung... bukan dari kampung jew.. kawan mak dari KL pown sanggup order dari perak.. aisshh.. hebat mak pak aku nih.. then malam lagi 2 hari nak raya tuh banyaknye lemang nak buat.. memang tak tidoo la.. raya ke3 baru rest.. sebab raya ke2 rombongan merisik farah lak datang..

time raya pertama nih, ayah lambat balik dari sembahyang hari raya.. ayah pegi tahlil dulu... memang geram la.. tak tau nak kata apa.. ni bukannye kalut, nak tau tak, kami nak kene bekejar-kejar salam dengan ayah and mak sebab orang kampung kalut la pagi-pagi raya telefon ayah suh datang ambik jenazah.. tak sempat nak begambar =(

tengok la.. baju pown da tak sedondon dengan mak da.. =(
dear dad = hani mintak maaf if selama ni hani banyak menumpang dosa di bahu ayah... terima kasih atas pengorbanan ayah menunaikan tanggungjawab ayah sebagai ketua keluarga..  halalkan makan minum hani selama nih dan hani teringin sangat nak balas jasa ayah tuh.. hani akan berusaha jadi anak yang solehah supaya ayah dapat tenang masuk syurga nanti.. terima kasih atas didikan agama yang ayah sendiri bagi dari seumur hani masih bayi lagi.. ayahlah hero hani.. 

to mama

dear mom = mak, hani mintak maaf if selama ni hani ada sakitkan hati mak.. tak nak dengar cakap mak.. malas buat keje.. cakap "ishhh.." dekat mak.. and ada mengata mak.. hehe.. mak la ibu yang paling terhebat penah hani jumpe.. dengan perangai keterlaluan sibuknye untuk bagi kebajikan pada orang ramai... mak pown sangat berkebolehan.. jual asam keping, buat kekabu bantal, gubah bunga.. and mereka-reka nak tambah besarkan rumah.. aiyoo.. cukup-cukup la rumah besar nih mak.. tak larat nak menyapu.. hehe.. dan thankz sebab lahir dan didik anakmu ini sehingga jadi macam sekarang...
da la.. cukup da la nih.. hehe.. nanti melebih-lebih lak aku mengata mak kesayangan aku ni.. hehe

yong kakak sulung farah... dy da kawen.. yoep lak orang kedah.. baling kot..
farah, ilah (kakak no.2), yong, dan ct kakak (no.3)..
nampak tak lelaki yang pakai baju warna coklet tuh.. tu uda.. sibuk jew dengan kawan-kawan dy.. nak beraya.. 
tambahan lelaki ni lak yang dari atas tuh lan.. lelaki no 2.. merangkap anak yang ke 6.. dan sorang lagi tuh farid.. merangkap kembar farah.. no.5
beraya ramai-ramai kat kampung pah belah mak..
 serbu rumah paklang..
captured by paksu atan.. punya banyak dy tangkap gambar farah, ni jew yang dy masuk dalam group fb kami.. ishh.. kejam.. huhu
ni adik yang paling bongsu.. dy lelah.. kene masuk wad.. kesian dy.. *gambar sebelum syawal.. dy tak d benarkan minum bende yang sejuk dan makan buah-buahan yang sejuk.. sangat berdisiplin.. dy da tau dy tak boley minum ais, so sanggup beraya mintak di hidangkan air masak.. yang kelakarnye, 1 hari dy boleynye order kopi dekat tuan rumah waktu beraya.. hehe.. alasannya tak lalu nak minum air masak jew.. kelakar.. order la air sedap sikit.. ni kopi.. memang anak kampung sejati.. hehe.. sayang sayang..lov u.


I love them so much...


TILL THEN