Sunday, August 18, 2013

Praktikum Part I

Bismillahirrahmanirra
hey.. mood menaip da datang.. horeyy

untuk pengetahuan semua pembaca *ada ka orang yang baca ni ? ok, pedulikkk..
hani da tiga minggu berpraktikum.. TIGA minggu okey.. sekarang ni cuti raya, dua minggu ok.. DUA minggu... tapi esok da mula nak mengajar semula.. kena buat RPH tu yang agak sukar tu.. hehe.. neway, untungnya jadi cikgu kan.. kekeke

ye ke untung ni ? kalau nak di pantau, memang orang ramai cakap untung, cakap senang, cakap kerje guru ni makan gaji ja, tapi yang cakap tu boleh agak la, mesti punya hanya melihat ja.. meh cini nak kasi pepatah, orang kata TAK KENAL MAKA TAK CINTA... hah, giteww... 

sebelum buka cerita lebih lebih LEBIH lagii... hani akan kenalkan sekolah hani yang hani memang da target dari duuuuullllluuu lagi.. DULU ok... maksudnya da lama gilak... tadaaa...


ok, mula-mula kenapa hani nak sangat sekolah ni ? 
jawapan : sebab tak nak mengajar adik sendiri di sekolah yang paling hampir dengan rumah walaupun sekolah tu sekolah lama hani.. kekeke.. bukan tak sayangkan sekolah tu, sayang.. mana boley tak sayang.. 5 tahun kekal dengan sekolah tu.. LIMA tahun okey.. kalau orang bercinta 5 tahun, nak putus pikir banyak kali kan.. *yaka ? ehh... jap jap.. kenyataan mula mula yg ta nak mengajar adik sendiri tu bukan hani yang tak mau, dia yang halau.. tak habis-habis nak merayu suh mintak sekolah lain.. hampess betoll..

sekolah ni sekolah lama hani masa form 6 sahaja.. jadi tak lama dengan sekolah ni, tapi sepanjang belajar di sini, hani seronok sangat.. budak-budak semua baik-baik.. kalau ada yang nakal tu, hanya nakal sahaja.. kalau yang jahat tu, bukan semua, hanya 1 2 orang ja.. hani dapat katakan yang sekolah ni BERSIH.. YESS, bersih.. syabass untuk pentadbiran sekolah yang baik.. 

so, tu sebab la hani nak sangat sekolah ni... alhamdulillah, sekolah ni terima hani lepas kawan hani, hariz coll sekolah n bagi surat.. maceh gak pada hariz sebab bantu.. keke..

jum kenal dengan kawan-kawan praktikum hani..

iftar bersama pelajar asrama..

dari kiri atas : ..., fatin amira, wan hariz, fazmi , teh zakaria
dari kiri bawah : zarina, aslamiah, hani, (dan dua orang yang baju biru yang sweet sweet sangat tu cikgu sekolah.. sangat sporting.. owah, perempuan tu isteri dia.. sweet sangat cerita dowg bercinta)
*eh, ta cukup orang ler.. ada 11 orang semua geng kami.. jap-jap, geledah gambar..

iftar pertama kali untuk berkenalan dengan lebih dekat di uncle jim.. 

ha, ada pun gambar kami bersebelas. hehe.. yang tertinggal tu yang barisan tengah paling kiri warna biru nama dia hanis dan pakai tudung oren tu mastura, dan yang depan sekali paling kiri warna pink tu ....

kami semua ni terdiri daripada guru praktikum UPSI, guru praktikal UM, guru praktikal UKM dan guru ganti..

esok nak jumpe dorang semula.. hani ingat nak ajak dowg pegi beraya ahad depan.. mesti seronok kalau dowang semua ada beraya sekali..

jadi, pengalaman hani jadi cikgu mula-mula tuh sangat negatif.. mana taknya, bangun awal-awal pagi kan.. sebelum ni di UPSI kelas mana ada pagi-pagi.. conferm ambik jam 10 ja mulanya.. hahahaha.. now, tiap hari kena bangun jam 6 pagi. then, mula-mula tu rasa tak berdaya nak mengajar budak.. tak pandai tu la tak pandai ni la.. then bila belajar cara nak menyakin kan diri, semua yang kita buat semua jadi simple.. malah lagi bertambah seronok..

ihya ramadhan dan majlis khatam al-Quran

iftar di sekolah sempena pelajar SPM dan PMR

gamabr-gambar di atas semua atas ikhsan event sekolah dan event yang kami gedik-gedik adakan.. masa bulan puasakan.. paling femes event haruslah iftar.. hehe

huh, berjaya jugak update blog pasal praktikum ni.. hehehe.. nanti kite update lagi k..

TILL WE MEET..
assalamualaikum..