Sunday, January 27, 2013

BAJET PERTUNANGAN

bismillahirrahmanirrahim...
da selesai semua majlis, farah nak cerita pulak pasal bajet tunang belah perempuan pulak..
khas untuk kawan-kawan farah yang nak langsungkan pertunangan mereka..
kot-kot tak tau apa barang keperluan yang nak d beli.. dari sekecil-kecil barang, sampai la sebesar-besar barang..

untuk pertunangan ni farah kendali kan kesemuanya, memang tepu la otak nak fikir bajet sebab yakin mampu jadikan bajet less then RM 1000..

mula-mula, farah bahagikan kepada empat perkara, iaitu diri sendiri, pelamin, hantaran dan makanan.. ok, tu benda besar yang perlu kita nampak..

untuk majlis ni.. jum kite tengok bajet keseluruhan yang digunakan oleh pengantin sendiri..

1. DIRI SENDIRI
(dalam bajet ni, farah maksudkan bahagian make-up, tudung, veil, baju)

baju pengantin ❥ RM150
ninja inner ❥ RM 10
bulu mata ❥ RM 1
gam mata ❥ RM 5.90
mutiara atas kepala (buat sendiri) ❥ RM 3.60 (2 meter)
scaft ayun ayunar ❥ RM 20 (include postage)
consiler Maybelline ❥ RM17.90
bedak meiko ❥ RM 40 (include psostage)
___________________________________________________
jumlah ❥ RM 248.40

hasil make-up dari tangan farah
barangan make-up ni korang boleh je bajet.. tak payah nak beria sangat... eye shadow, eye liner, celak, lipstik semua tuh barangan wajib ada bagi permpuan yang da bekerjaya macam kakak farah ni.. foundation bagai tuh kalau nak tampak cantik, beli la.. tak rugi.. dari bayar mak andam RM 150-250.. baik la beli make-up sendiri yang boley digunakan terus hari-hari biasa.. tak membazir pun. tak payah baik sangat bagi duit kat mak andam.. kekekeke.. hasil tangan semua refer d you tube.. kat youtube tutorial ni, korang dapat belajar.. thankz pada sahabat tersayang, yat yang bagi link ni.. korang follow je video-video dy..
neway, ni tunang kakak, untuk tunang hani, hani buat sendiri baju hani.. dan hani nak sewakan baju tunang tu untuk sewa baju pengantin atau tunang.. baju lelaki pun ada.. tengok sini..


2. PELAMIN
(pelamin bajet buatan sendiri)

Bunga ❥ RM 20
Bebola bling-bling ❥ RM 27.20 (4 meter)
Kertas Tisu ❥ RM 10 (20 pcs)
Kain Putih ❥ RM 28.00 (10 meter)
Langsir Biru dan Pink ❥ RM 20 (2pcs)
Rama -rama ❥ RM 2.60 (2 pcs)
_____________________________________________________
jumlah ❥ RM 107.80

pelamin bajet

nak tengok gambar penuh, boleh refer di sini...
farah banyak guna barang recycle je.. kebanyakan bunga pun ambik kat rumah je..


3. HIASAN HANTARAN

Rayban,  ❥ RM 35.00 (macam-macam jenis dan warna)
Kotak Hantaran ❥ RM 36 (8 pcs)
Polisterin ❥ RM 8.90 (2' x 4' x 1')
pistol gun ❥ RM 10
gam lilin ❥ RM 7.50 (3 pack/ 5 pcs per pack)
renda ❥ RM 19.00 (5 meter)
bunga kecil ❥ RM 4.00 (100 pcs)
_____________________________________________________
jumlah  RM 120



untuk hantaran, perempuan 11 hantaran berbalas 9.. tapi bila da sampai majlis, pelah perempuan punya hantaran da cecah 20... sebab ramai yang bagi.. kat situ mana yang tak berhias, kite kena beli lagi barang-barang hiasan.. tapi akhirnye barang-barang hiasan banyak yang lebih... jadi, nanti pandai-pandai la jimat untuk sapa-sapa yang bakal tunang tu yerk.. tapi baik lebih dari tak cukup kan..



4. MAKANAN 
(makanan ni farah masukkan sekali makanan untuk kenduri, makanan yang nak di masukkan dalam goodies bag dan makanan dalam hantaran)

duit bagi kat mak ❥ RM 400
air kotak (100 pcs) dan coklat (hantaran dan bagi dalam goodies bag) ❥ RM 128
Kek (hantaran)  RM 38
 buah-buahan hantaran ❥ RM 94
_____________________________________________________________
jumlah ❥ RM 660

coklat hantaran
mesti korang terkejut pasal bajet coklat and air kotak mahal nak mampos kan.. sebabnye orang yang beli ni da keje.. dy tak kisah duit dy habis kot.. huhu.. pening kepala dibuatnye.. banyak sangat coklat cadbury yang tinggal, bukan tu je.. banyak lagi coklat yang tak d gunakan, ingatkan boleh la farah baham simpan buat stock.. aleh-aleh mak masuk dalam goodies bag bagi budak-budak.. cadbury bagi orang ramai.. pergghh... fengsan.. sabar jela..

buah pown da lebih bajet tuh, banyak sangat lebih... kalau farah la, beli je kat pasar yang RM 5 / 10pcs tuh.. kekeke... senang cite..

makanan yang mak buat hari tuh semua sedap-sedap, udang merah petai, rendang angsa masak dengan sayur kacang panjang, gulai nangka, kerabu perot, sambal, ikan masin bulu ayam, buah tembikai... habis la.. memang terbaik... untuk makanan ni memang banyak la sebab ayah ketua kampung, mak pulak terkenal dengan kepakaran masakan yang tersedap, kalau mak ayah jemput je, walaupun jemput hangat-hangat tahi ayam, orang akan datang jugak.. memang ramai la.. tapi makanan cukup.. mak terbaekkk...

da setel empat perkara.. jum total...
1. diri sendiri ❥ RM 248.40
2. pelamin ❥ RM 107.80
3. hiasan hantaran ❥ RM 120.00
4. makanan ❥ RM 660.00
________________________________________________
jumlah RM 1136.20



pusing, pusing, pusing pasal bajet nak tunang ni.. farah punya bajet nanti macam mana la agaknye kan.. insyaallah kalau boleh farah nak rendahkan lagi bajet ni.. pasti boleh.. sebab farah boleh recycle je barang-barang kakak farah ni kot.. then kurangkan sikit bahagian goodies bag and hantaran and diri sendiri sebab farah student.. kekekekeke... mana la tau kot-kot bertunang before farah graduate kan.. kekeke.. tapi kalau tunang masa da keje, da tak kisah da bajet RM 1k ke atas nih.. hehehe

alhamdulillah, semua yang d rancang berjaya... macam yang dirancangkan dulu...

TILL THEN... 
moga berjaya =D