Monday, June 11, 2012

TAKDIR ITU SWEET

assalamualaikum...


korang sedar tak yang takdir yang berlaku dalam hidup kita ni sweet..
aturan Allah untuk hidup umat-umatnya sangatla rapi dan ada macam-macam hikmah pada setiap yang berlaku.. 
kalau kita tau apa hikmahnya, massyaallah.. sampai tak terkata insafnya kita... 

farah sedar, kadang-kadang selalu farah lupe untuk bersyukur.. segala benda yang jadi dalam hidup farah, farah selalu pertikaikan kebenaranya.. bila dugaan mendatang, farah selalu tertanya-tanya.. KENAPA MESTI AKU !!! tapi, bila nikmat yang datang.. farah lupa keluhan yang sebelum ni farah keluarkan.. so ?? what kind of muslimah r me ? 

bila farah ditimpa masalah, hati yang tak tenteram.. farah sedaya upaya nak sempurnakan solat farah.. dengan niat supaya Allah terima.. supaya doa di pengakhir solat farah juga didengar Allah.. and diperkenankan Allah.. tapi... bila Allah da beri kehidupan yang bahagia pada farah, farah langsung lupa kepayahan yang sebelum ni yang berlaku dalam diri farah, terus lupa macam mana nak kuatkan semangat untuk terus mendapatkan ibadah yang sempurna... 

bangunnya farah jam 1.30 petang hari ni dari tidur yang lena semalam buatkan farah sedar yang sebenarnya kehidupan farah sangat bahagia... 

farah lah orang yang paling bertuah dalam dunia ni.. 
farah lah insan yang boleh bergelak ketawa buat masa ni... 
farah la insan yang  tak sedih hari ni... 
farahlah insan yang tak terkumpul masalah yang berat sekarang ni... 
dan untuk semua tu, farah bersyukur untuk segala pengalaman manis, pahit, tawar, kelat dan masin yang pernah Allah berikan untuk farah.. 

now, farah berani untuk terus hidup and melangkah untuk lalui suka duka kehidupan... 
sebab farah percaya.. 

ALLAH sentiasa dengan farah..
ALLAH takkan tinggalkan farah..
ALLAH sayangkan farah..
ALLAH akan kuatkan farah...
ALLAH akan sentiasa menjaga farah...
ALL my life is kerana ALLAH.. 
thankz ALLAH.

TILL THEN